Site icon TechNave BM

Samsung sahkan digodam, data peribadi pelanggan dicuri

Samsung telah mendedahkan bahawa data peribadi pelanggannya telah dikompromi selepas syarikat itu mengalami pelanggaran data baru-baru ini. Dalam catatan blog pada hari Jumaat lepas, mereka menghuraikan bahawa data itu telah terjejas pada 4 Ogos 2022 berikutan insiden keselamatan yang jelas pada minggu-minggu sebelumnya.

Samsung menambah lagi bahawa “pihak ketiga yang tidak dibenarkan” telah memperoleh maklumat daripada beberapa sistem Samsung Amerika Syarikat. Ini termasuk nama, maklumat hubungan, butiran pendaftaran produk dan tarikh lahir. Agak bernasib baik kerana tiada nombor kad kredit atau nombor keselamatan sosial pelanggan diambil.

Samsung menegaskan bahawa ia telah mengambil tindakan untuk melindungi sistem yang terjejas termasuk melibatkan diri dengan firma keselamatan siber terkemuka di luar dan menyelaraskan dengan penguatkuasaan undang-undang. 

Dalam catatan blog, Samsung berkata bahawa maklumat yang terjejas untuk setiap pelanggan yang berkaitan mungkin berbeza-beza dan pelanggan telah dimaklumkan entang perkara itu.

Namun begitu, Samsung memberi jaminan bahawa pengguna peranti seperti telefon pintar, tablet dan banyak lagi tidak terjejas. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Techradar

Exit mobile version