Site icon TechNave BM

Samsung sahkan Exynos 1080: Cipset ‘midrange’ 5nm padu dengan CPU, GPU terkini

Terdahulu, kami sudah memaklumkan mengenai Samsung dikatakan akan memperkenal satu lagi cipset 5nm yang bernama Eynos 1080. Terkini, Samsung telah mengesahkan beberapa maklumat mengenai cipset terbaru ini.

Pada mulanya, Samsung memuat naik sebuah siaran di laman carian popular di China Weibo mengenai cipset Exynos 1080. Kemudian, Samsung mengesahkan beberapa maklumat kepada sumber mengenai cipset ini.

Menurut Samsung, Exynos 1080 akan dilengkapi teras CPU Cortex-A78 dan GPU Mali G78. Sumber meramalkan jika aturan teras pada cipset 5nm ini adalah seperti aturan pada Exynos 980, cip baharu ini akan dikuasai dua teras Cortex-A78 dan enam teras Cortex-A55.

Memandangkan Exynos 1080 ialah kesinambungan daripada cipset kelas pertengahan Exynos 980, maka telefon pintar Samsung kelas pertengahan 5G pasti mendapat prestasi yang baik dengan cipset baharu ini. Terdapat satu lagi cipset flagship 5nm baharu yang dijangka akan muncul iaitu Exynos 1000/2100 (nama belum rasmi).

Samsung Galaxy A71 5G

Terdahulu, cipset Exynos 980 menjana peranti Samsung Galaxy A51 5G dan Samsung Galaxy A71 5G (tidak masuk ke pasaran Malaysia).

Apa pun, kita perlu menunggu pelancaran rasmi cipset Exynos 1080 untuk maklumat yang lebih jelas dan tepat. Beritahu pandangan anda mengenai hal ini di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Android Authority

Exit mobile version