Site icon TechNave BM

Samsung sahkan nama “S20” dan telefon pintar lipat ke-2

Pameran Elektronik Pengguna (CES) 2020 di Las Vegas, Amerika Syarikat sudah pun berakhir. Di sebalik pengumuman-pengumuman gah yang dipersembahkan dalam sidang media, terdapat juga mesyuarat-mesyuarat di belakang tabir antara syarikat-syarikat elektronik dan rakan industri.

Sebagai contoh, Samsung telah mengadakan sebuah mesyuarat rahsia bersama rakan-rakan industri dan syarikat telekomunikasi di mana Samsung menunjukkan produk yang masih belum diumumkan kepada pihak awam. Walaupun perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat itu adalah rahsia, sudah terdapat beberapa maklumat yang telah dibocorkan oleh pihak yang menghadiri mesyuarat tersebut.

Pertama, ketua Samsung Mobile, Dong Jin Koh, telah mengumumkan nama telefon pintar lipat kedua daripada syarikat itu iaitu Galaxy Bloom. Terdapat juga gambar yang diambil secara curi-curi oleh peserta mesyuarat tersebut untuk membuktikan nama ini.

Selain itu, Koh juga mengesahkan skema penamaan buat siri flagship Galaxy S yang akan diumumkan pada 11 Februari ini. Peranti dalam siri tersebut akan dinamakan S20, S20+ dan S20 Ultra pada tahun ini demi menyambut kedatangan dekad yang baru.

Apakah pendapat anda tentang nama-nama peranti Samsung ini? Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan terus bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita telefon pintar dan teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version