Site icon TechNave BM

Samsung sahkan Unpacked 2020 akan dianjurkan pada 5 Ogos

Samsung hari ini telah mengesahkan bahawa acara Galaxy Unpacked akan dianjurkan pada Rabu, 5 Ogos jam 10:00 pagi ET (10:00 malam waktu Malaysia) dan akan disiarkan secara langsung di laman web Samsung dan mungkin juga di laman Facebook, berdasarkan sejarah syarikat tersebut.

Samsung tidak menyatakan secara jelas produk manakah yang akan dilancarkan dalam acara itu, namun kita boleh membuat andaian bahawa siri Galaxy Note20 akan membuat penampilan dalam Galaxy Unpacked ini.

Di samping itu, sebelum ini media juga telah melaporkan bahawa peranti boleh lipat Galaxy Fold 2 dan Galaxy Z Flip 5G juga akan dilancarkan pada acara 5 Ogos itu.

Apakah agaknya yang akan dilancarkan lagi oleh Samsung? Kongsi ramalan anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Samsung Newsroom

Exit mobile version