Site icon TechNave BM

Samsung sedang baiki isu foto kabur pada Galaxy S23 dan S23+

Sesetengah pemilik Galaxy S23 dan Galaxy S23+ telah mengadu bahawa mereka menemui kesan kabur pada sebahagian gambar. Isu ini hanya terjadi untuk sesetengah pengguna. Siri Samsung Galaxy S23 mempunyai kamera utama 50MP dan kamera swafoto 12MP dengan kedua-duanya dipertingkatkan dengan Super HDR serta AI Nightography.

Semasa Samsung menguji keupayaan kamera S23 atau S23+, terdapat kawasan di sekeliling subjek kelihatan agak kabur apabila mengambil gambar dari dekat. Ini kerana kamera sudut lebar belakang pada S23 dan S23+ mempunyai apertur terang yang membantu semasa mengambil foto dalam gelap. Ini adalah contoh gambar tersebut:

Samsung merancang untuk membaiki isu ini dalam kemas kini perisian akan datang. Sementara itu, jika anda mengalami isu yang sama pada Samsung Galaxy S23 atau S23+, terdapat beberapa penyelesaian yang boleh anda cuba:

Nampaknya Samsung telah mengakui isu ini dan menerangkan bahawa ianya bukan masalah perkakasan. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Samsung

Exit mobile version