Site icon TechNave BM

Samsung sedang bangunkan cipset Tensor untuk siri Google Pixel 8 dan Exynos 1380

Tahun lepas, Samsung mengeluarkan cip Tensor pertama Google pada proses nod 5nmnya. Cipset itu digunakan dalam siri Pixel 6 dan menawarkan prestasi yang baik. Kini, laporan baharu mendedahkan Samsung sedang menghasilkan cipset Tensor generasi seterusnya untuk Google serta cipset Exynos 1380 miliknya sendiri.

Cipset dengan nombor model S5P9865 dikatakan sebagai cipset Google Tensor generasi ketiga yang akan digunakan pada siri Pixel 8. Kod kajian dan pembangunan cipset menggunakan nama ‘Ripcurrent’ dan cip itu sendiri diberi nama kod ‘Zuma’. Cipset Tensor generasi pertama juga mempunyai nombor model yang serupa iaitu (S5P9845).

Diandaikan bahawa cipset yang disebutkan ialah Tensor keluaran Samsung. Laporan itu juga mendedahkan bahawa Tensor 2 akan dibangunkan pada papan pembangun yang dipanggil “Cloudripper” dengan nombor model (S5P9865) mungkin akan menjadi generasi ketiga cipset Tensor.

Cipset Exynos 1380 yang dikhabarkan dijangka menjadi pengganti kepada cipset Exynos 1280 yang dilancarkan pada April tahun ini. Menurut laporan itu, cipset Exynos 1280 sedang dibangunkan dan diuji di bawah kod produk S5E8835. Exynos 1280 ditemui pada Galaxy A53 dan dijangkakan bahawa ianya akan dilengkapi pada Samsung Galaxy A54.

Samsung masih belum mengesahkan sebarang butiran mengenai pembangunan cipset baharu itu. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version