Samsung dilihat ingin meluaskan lagi jenama Galaxy mereka dan kali ini mereka dikhabarkan sedang menghasilkan pengesan objek pintar, Galaxy Smart Tag yang berfungsi seperti Tile. Peranti ini dikatakan akan berhubung dengan ciri Samsung SmartThings yang diperkenalkan baru-baru ini.
Ciri SmartThings Find ini boleh mencari produk Galaxy yang berkaitan dengan ketepatan yang lebih baik dan Galaxy Smart Tag akan jadi salah satu daripadanya. Terbaru, Galaxy Smart Tag ini telah dikesan oleh pihak berkuasa Indonesia dengan nombor model El-T5300.
Peranti ini bukanlah pengesan objek pintar yang pertama dari Samsung kerana Samsung sebelum ini pernah melancarkan pengesan SmartThings LTE pada dua tahun yang lalu.
Peranti ini mungkin akan dilancarkan bersama barisan Galaxy S21 pada acara pelancaran Samsung pada pertengahan bulan Januari tahun hadapan.
Nantikan berita lanjut mengenai peranti ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber : GSMArena

