Site icon TechNave BM

Samsung sedang usahakan paparan tanpa kesan lipatan pada Samsung Galaxy Z Fold 5

Sudah beberapa tahun sejak Samsung memperkenalkan telefon pintar boleh lipat mereka termasuk Samsung Galaxy Z Fold4.

Namun, Samsung sedang mencari cara untuk menangani salah satu masalah besar dengan telefon pintar boleh lipatnya iaitu kesan lipatan pada paparan peranti. Menurut laporan oleh laman web Vietnam The Pixel, paparan akan kelihatan lebih lancar daripada mana-mana paparan boleh lipat Samsung sebelum ini pada Samsung Galaxy Z Fold5.

Nampaknya, syarikat itu menukar sistem engsel mekanikal biasa mereka kepada satu yang menggunakan struktur engsel gaya ‘titisan’ yang dilihat dalam telefon pintar boleh lipat lain seperti Oppo Find N2. Kesan lipatan sentiasa menjadi kecacatan yang ketara dengan siri Galaxy Z Fold dan Flip. 

Walaupun Galaxy Z Fold 4 boleh dikatakan antara yang terbaik dalam menangani lipatan sejak boleh dilipat pertama mereka, ia masih tidak sebaik OPPO Find N dan OPPO Find N2

Selain itu,laporan turut mengatakan Samsung akan menggunakan kamera utama 108MP pada Galaxy Z Fold5 bersama-sama dengan telefoto 64MP 2x dan kamera ultralebar 12MP jika dibandingkan dengan sensor 50MP, 12MP dan 10MP pada Galaxy Z Fold 4. Ini merupakan satu peningkatan besar.

Ia dijangka akan dilancarkan pada penggal kedua tahun ini berkemungkinan pada bulan Ogos. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Exit mobile version