Site icon TechNave BM

Samsung tak ingin dikalahkan HUAWEI, Galaxy S21 dilancar lebih awal untuk rebut pasaran

Terkini, terdapat laporan bahawa Samsung mungkin melancarkan siri Samsung Galaxy terbaru sebulan lebih awal berbanding garis masa terdahulu untuk merebut bahagian pasaran HUAWEI dan mempertahankan kedudukannya dari jenama lain seperti Apple.

Terdahulu, HUAWEI sememangnya menjadi pesaing utama yang pernah menduduki tempat teratas dalam pasaran telefon pintar global. Namun, sekatan yang dijalankan oleh Amerika Syarikat (AS) terhadap HUAWEI memberi sedikit impak terhadap pasarannya. Samsung berada di tangga teratas pada laporan suku ketiga tahun 2020, disusuli dengan HUAWEI, Xiaomi dan Apple.

Samsung dilapor sedang bersedia untuk melancarkan siri Samsung Galaxy S21 selewat-lewatnya Januari 2021 berbanding garis masa terdahulu, ia sepatutnya dilancar sekitar bulan Mac.

Memandangkan beberapa syarikat teknologi telah berjaya memohon lesen untuk terus membekalkan teknologi kepada HUAWEI, mungkin Samsung mengambil perkara tersebut sebagai pendorong untuk mengambil bahagian pasaran HUAWEI sebelum terlambat.

Apakah pandangan anda mengenai hal ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Semak berita lepas mengenai spesifikasi Samsung Galaxy S21 yang akan dilancar pada Januari 2021!

Sumber: Reuters

Exit mobile version