Site icon TechNave BM

Samsung tawarkan rebat sehingga RM600 untuk telefon lipat sempena Hari Krismas

Sempena sambutan Hari Krismas yang akan tiba tidak lama lagi, Samsung Malaysia akan menawarkan promosi khas di mana anda boleh dapatkan rebat RM600 untuk telefon lipat Samsung Galaxy Z Fold7 dan Samsung Galaxy Z Flip7.

Promosi khas ini akan berlangsung bermula hari ini sehingga 11 Januari 2026. Berikut adalah maklumat penuh untuk setiap varian Fold7 dan Flip7 yang dijual dalam promosi ini:

Model telefonVarianHarga asal (RM)RebatHarga selepas rebat (RM)
Galaxy Z Fold 716GB + 1TB9,899RM6009,299
12GB + 512GB8,3997,799
12GB + 256GB7,7997,199
Galaxy Z Flip 712GB + 512GB5,5994,999
12GB + 256GB4,9994,399
Galaxy Z Flip 7 FE8GB + 256GB4,2993,699
8GB + 128GB3,9993,399
Samsung Galaxy Z Fold7
Samsung Galaxy Z Flip7

Selain itu, pelanggan yang membeli mana-mana peranti lipat tersebut sebelum 31 Disember 2025 boleh membeli pelan perlindungan Samsung Care+ selama tiga tahun pada harga RM600 sahaja (harga asal RM1,499).

Layari laman web Samsung Malaysia untuk mengetahui maklumat lanjut mengenai Galaxy Z Flip7 dan Galaxy Z Fold7. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengan promosi ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version