Site icon TechNave BM

Samsung “The First Look” di CES 2026 pada 5 Januari, akses awal kini dibuka

Samsung mengumumkan pameran khas The First Look sempena CES 2026 yang menghimpunkan bahagian Visual Display (VD) dan Digital Appliances (DA) bagi mempamerkan pengalaman elektronik pengguna yang lebih bersepadu berteraskan kecerdasan buatan (AI).

Bertemakan Your Companion to AI Living, Samsung menampilkan visi AI sebagai rakan kehidupan harian yang lebih intuitif dan boleh dipercayai merangkumi hiburan, pengurusan rumah dan interaksi peranti yang lebih saling berhubung.

Samsung menyatakan inovasi terbaharu ini direka untuk mengurangkan beban rutin harian dan memudahkan kehidupan di rumah melalui integrasi AI merentas produk. Acara The First Look akan disiarkan secara langsung pada 5 Januari 2026, jam 11.00 pagi (MYT) menerusi Samsung Newsroom sebagai pratonton awal kepada teknologi dan produk Samsung di CES 2026.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version