Site icon TechNave BM

Samsung turunkan harga Galaxy Z Flip, Galaxy S20 FE hanya serendah RM2,299

Tahun 2020 telah menjadi saksi kehadiran Samsung Galaxy Z Flip dan Samsung Galaxy S0 FE 5G di pasaran Malaysia. Samsung Malaysia kini mengumumkan kemas kini harga baharu untuk kedua-dua peranti ini yang bermula pada RM2,299.

Jika dibandingkan dengan harga asal, Samsung telah menurunkan harga kedua-dua peranti kepada harga baharu yang lebih rendah. Telefon lipat Samsung Galaxy Z Flip kini dijual pada RM3,999 berbanding harga asal RM5,888.

Manakala Samsung Galaxy S20 FE 5G dijual pada tanda harga RM2,999 hingga RM3,399 bergantung kepada variasi storan. Galaxy S20 FE versi LTE pula dijual pada harga hanya RM2,299 hingga RM2,699.

Anda boleh melihat maklumat lanjut mengenai peranti di pautan yang disediakan di bawah.

Adakah anda berminat dengan peranti ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version