Site icon TechNave BM

Samsung tutup kilang buat sementara akibat jangkitan Koronavirus

Sebuah kilang Samsung di Gumi, Korea Selatan akan ditutup sehingga 24 Februari berikutan seorang pekerjanya disahkan menghidap penyakit COVID-19. Syarikat elektronik itu mengarahkan persatuan pekerjanya untuk kuarantin diri sendiri dan akan menguji mereka untuk jangkitan virus tersebut.

Aras dalam kilang tersebut yang telah terjejas akan ditutup sehingga 25 Februari. Gumi tidak jauh dari Daegu, bandar yang telah terdapat jangkitan COVID-19 tertinggi di Korea Selatan. Walau bagaimanapun, Samsung mengatakan kilang-kilang cip dan paparan elektronik lain di negara itu tidak terjejas.

Kilang Samsung di Gumi menghasilkan telefon yang diutamakan untuk pasaran Korea Selatan, tetapi ia juga menghasilkan Galaxy Z Flip dan Galaxy Fold untuk pasaran antarabangsa. Masih tidak pasti jika penutupan ini akan mempengaruhi penjualan kedua-dua peranti tersebut.

Berikan komen anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Engadget

Exit mobile version