Site icon TechNave BM

Samsung umum aplikasi Dropship, bolehkan pengguna kongsi fail merentas platform iOS

Samsung telah menjadikan perkongsian fail lebih mudah dengan melancarkan modul Good Lock baharu yang dipanggil Dropship. Jika anda tidak tahu apa itu Good Lock, ia sebenarnya adalah aplikasi Galaxy Store yang membolehkan pengguna mengakses pelbagai pilihan penyesuaian seperti tema, tweaker UI dan banyak lagi.

Dropship merupakan modul baharu yang membolehkan perkongsian fail yang lebih lancar merentas Android, iOS dan web. Daripada menggunakan Bluetooth dan Wi-Fi seperti Nearby Share dan AirDrop, Dropship membenarkan pengguna membuat pautan atau kod QR untuk perkongsian fail dengan pilihan tetapan seperti tempoh sah.

Oleh itu, tidak kira sistem pengendalian yang dijalankan pada peranti anda, anda masih boleh berkongsi fail melalui cara ini. Namun, ia disertakan dengan beberapa sekatan yang mungkin menyebabkan anda tidak dapat menggunakan aplikasi itu sama sekali.

Salah satunya ialah peranti Samsung anda harus dikemas kini kepada OneUI 5 dan satu lagi ialah aplikasi itu hanya tersedia di Korea Selatan buat masa ini. Selain itu, jika anda berkongsi lebih daripada fail 5GB, anda tidak akan dapat berkongsi lagi kerana itu adalah hadnya. Menghantar fail juga memerlukan akaun Samsung tetapi ia tidak diperlukan untuk penerima.

Adakah ciri berkongsi fail merentas platform keluaran Samsung ini membantu anda? Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version