Site icon TechNave BM

Samsung umum siaran pelancaran khas untuk cipset Exynos 2100 pada 12 Januari ini

Setelah Samsung mengesahkan acara pelancaran siri Samsung Galaxy S21 pada 14 Januari ini, syarikat gergasi ini kini mengumumkan satu tarikh untuk sebuah siaran pelancaran yang lain pula. Satu lagi siaran pelancaran bakal berlangsung pada 12 Januari 2021, 10 malam (waktu Malaysia) khas untuk cipset Exynos.

Untuk pengetahuan anda, siaran langsung pelancaran ini adalah siaran pertama dari Samsung yang hanya berfokuskan kepada pelancaran cipset Exynos sahaja. Syarikat ini dilapor cuba untuk melangkaui Qualcomm dari segi prestasi cipset.

Menurut sumber terdahulu, Exynos 2100 dilapor bakal hadir dengan pembinaan baharu bersama teras ARM X1 Prime pada 2.91GHz, 2 teras Cortex A78 pada 2.81GHz dan selebihnya teras Cortex-A55 pada 2.21GHz.

Melalui acara pelancaran ini, naik taraf dan keupayaan cipset Exynos akan dimaklumkan. Cipset Exynos terbaru pastinya menjana telefon pintar baru Samsung di beberapa pasaran termasuklah pasaran Malaysia.

Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version