Site icon TechNave BM

Samsung umumkan acara besar 6 Januari ini, ingin kenalkan teknologi skrin baru

Terkini, Samsung telah mengumumkan tarikh sebuah acara pada 6 Januari 2021, 11:00 pagi EST (7 Januari, 12 tengah malam waktu Malaysia).

Melalui siaran jemputan acara yang dimuat naik di Samsung Newsroom, Samsung tidak mengumumkan mengenai peranti yang paling ditunggu-tunggu, siri Samsung Galaxy S21. Namun, ia menyatakan bahawa terdapat produk, teknologi skrin baru dan visi terbaru yang akan diperkenalkan. Mungkin kita boleh menjangkakan teknologi skrin gulung yang pernah menjadi ura-ura sebelum ini.

Melihat kepada poster yang dimuat naik, terdapat acahan imej telefon pintar dan beberapa produk lain. Di sisi yang lain, anda boleh menyemak berita lepas mengenai spesifikasi dan gambar rekaan siri Samsung Galaxy S21.

Beritahu kami di laman Facebook jika anda teruja dengan acara ini dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Samsung

Exit mobile version