Site icon TechNave BM

Samsung umumkan Galaxy A32 5G: 4 kamera, bateri 5,000mAh, cas pantas 15W bermula RM1,371

Samsung telah melancarkan produk terbaru dalam siri telefon pintar Galaxy A iaitu Samsung Galaxy A 32 5G. Telefon ini dilengkapi spesifikasi yang boleh dijangkakan dalam telefon kelas pertengahan 2021 seperti empat kamera, bateri besar dan sokongan 5G.

Kameranya terdiri daripada kamera utama 48MP f/1.8, kamera ultra lebar 13MP f/2.2 dengan sudut penglihatan 123°, kamera makro 5MP f2.4 dan sensor kedalaman 2MP f/2.4. Untuk kamera swafoto pula adalah kamera 13MP f/2.2.

Galaxy A32 5G mempuyai skrin TFT Infinity-V HD+ berukuran 6.5 inci, bateri 5,000mAh, pengecasan pantas 15W, storan dalaman 64GB atau 128GB yang boleh dibesarkan dengan kad microSD sehingga 1TB serta RAM 4GB, 6GB atau 8GB. Setakat ini Samsung tidak menjelaskan pemprosesnya namun khabar angin mengatakan ia mungkin dilengkapi cipset MediaTek Dimensity 720.

Ia akan mula dijual dalam pasaran Eropah bermula 12 Februari pada harga €279 (~RM1,371) untuk varian 64GB dan €299 (~RM1,469) untuk varian 128GB. Tiada maklumat rasmi tentang harga dan keberadaannya di Malaysia setakat ini. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Samsung, Samsung Jerman

Exit mobile version