Site icon TechNave BM

Samsung umumkan jadual kemas kini Android 13 untuk telefon pintar dan tablet Galaxy

Dengan hujung tahun 2022 yang semakin hampir, Samsung akan mula menawarkan kemas kini Android 13 untuk telefon-telefon pintar Galaxy yang layak. Seperti yang dijangka, siri Galaxy S22 telah menerima kemas kini terlebih dahulu di mana ia turut menerima antara muka One UI 5.0.

Kebanyakan peranti premium Samsung akan menerima kemas kini One UI 5.0 berdasarkan Android 13 pada bulan November, kemudian diikuti dengan peranti kelas pertengahan serta peranti andalan lama bermula bulan Disember.

Lain-lain peranti Samsung akan mula menerima kemas kini pada bulan Januari 2023. Berikut adalah jadual penuh mengenai kemas kini Android 13 untuk peranti Samsung:

Oktober 2022

November 2022

Januari 2023

Februari 2023

Lebih banyak peranti lama akan menerima kemas kini Android 13 pada suku pertama dan kedua 2023. Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: SamMobile

Exit mobile version