Site icon TechNave BM

Samsung umumkan Side by Side Family Hub: Peti sejuk dengan skrin, ciri pintar, harga bermula RM8,999

Bukan sahaja telefon, fon telinga atau alat teknologi yang biasa kita dengar telah berkembang mengikut arus teknologi, perkakas dan barangan elektrik rumah juga telah berkembang menjadi produk pintar. Samsung Malaysia kini mengumumkan Side by Side Family Hub, sebuah peti sejuk pintar dengan pelbagai ciri teknologi khas.

Antara ciri pintar pada peti sejuk yang diperkenalkan adalah ciri ‘View Inside’. Ciri ini membenarkan pengguna melihat kandungan di dalam peti ais pintar, tanpa perlu membukanya. Dengan ini, perancangan pembelian barangan dapur akan menjadi lebih mudah, tidak memperlukan anda untuk menyemak baki barangan yang ada dalam peti tersebut.

Anda juga tidak perlu lagi nenampal nota peringatan pada peti sejuk. Family Board pada skrin Family Hub membenarkan anda menyiarkan berita, video, nota peringatan dan sebagainya untuk memastikan keluarga anda mendapat peringatan atau perkongsian tersebut.

Selain itu, peti sejuk pintar ini juga boleh menjadi pusat untuk mengawal produk pintar Samsung SmartThings seperti robot vakum, penyegar udara, penghawa dingin dan banyak lagi.

Bermula dengan harga RM8,999, terdapat banyak lagi ciri teknologi menarik dan anda boleh mengunjungi laman web rasmi Samsung untuk maklumat lanjut.

Adakah anda berminat dengan peti sejuk Samsung Family Hub varian Side by Side ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version