Site icon TechNave BM

Samsung WindFree Premium Plus, penghawa dingin dengan penyejukan pantas dan menjimatkan

Dengan cuaca yang tidak menentu, anda pasti tidak dapat menyesuaikan diri untuk tidur. Oleh itu, Samsung melancarkan WindFree Premium Plus, penghawa dingin yang memberikan penyejukan pantas ke sudut bilik anda.

Dengan Mod Tidur Baik dihidupkan, ia mewujudkan iklim yang ideal untuk anda semasa tidur supaya anda boleh tidur sepanjang malam tanpa sebarang aliran udara sejuk yang tidak menyenangkan. 

Sekiranya anda kerap mengalami masalah untuk terus tidur kerana sensitif kepada bunyi penghawa dingin, WindFree Premium Plus mengurangkan hingar sehingga 73% atas sokongan Twin Tub Muffler yang berfungsi didalamanya.

Anda juga tidak perlu risau untuk membayar bil elektrik atau memberi kesan negatif kepada alam sekitar akibat perubahan iklim. Penghawa dingin ini membuatkan anda sejuk sambil menjimatkan tenaga dengan Mod ECO dan pengurangan penggunaan tenaga.

Bagi WindFree Premium Plus , 2.5HP (2022) ia berharga RM4,549 manakala WindFree Deluxe , 2.0HP (2022) berharga RM3,599. Untuk ketahui lebih lanjut, anda boleh lawati laman web Samsung manakala untuk pembelian, anda boleh klik di pautan ini.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Exit mobile version