Bagi menggantikan temasya San Diego Comic-Con pada tahun ini berikutan penularan wabak COVID-19, pihak penganjur akan melaksanakan Comic-Con @ Home di mana semua pembentangan dan pelancaran media akan dilaksanakan melalui siaran langsung di internet.
San-Diego Comic-Con biasanya menjadi temasya yang dianjurkan setiap bulan Julai di mana pelbagai tajuk buku komik, filem, permainan video, siri TV dan lain-lain media menganjurkan pelbagai acara promosi dan pelancaran.
Setakat ini, masih tiada tarikh yang ditetapkan untuk Comic-Con @ Home yang pertama ini.
Pelbagai acara telah pun dibatalkan pada tahun ini berikutan penularan wabak COVID-19. Beritahu kami di Facebook jika anda akan menonton Comic-Con @ Home dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: Deadline

