SanDisk Malaysia hari ini melancarkan rangkaian produk storan digital baharu yang menyasarkan pada golongan pencipta kandungan iaitu SanDisk Creator Series. Ia mempunyai reka bentuk yang kecil dan mudah dipasangkan dengan telefon pintar atau kamera untuk memudahkan tugas-tugas rakaman atau pengambilan gambar.
Salah satu produk dalam rangkaian ini, SanDisk Creator Phone SSD, boleh dipautkan kepada telefon secara magnetik dengan fungsi MagSafe, menawarkan storan sehingga 2TB serta kelajuan bacaan (read speed) sehingga 1,000MB/s dan kelajuan tulisan (write speed) sehingga 950MB/s.
Jika ia dipautkan kepada iPhone, anda boleh rakam terus video Apple ProRes 4kK 60fps ke dalam SSD ini untuk suntingan pantas. Ia juga tahan impak jatuh sehingga tiga meter dan mempunyai rating kalis air IP65. Ia akan dijual pada harga bermula RM699 untuk kapasiti 1TB.
Selain itu, SanDisk Creator microSD Card ditawarkan dalam pelbagai kapasiti sehingga 1TB dan boleh menyokong rakaman 4K atau 5.3K. Ia akan dijual pada harga bermula RM129 untuk kapasiti 128GB.
Untuk pencipta kandungan yang mengutamakan imej dan rakaman video taraf profesional, anda boleh gunakan kad SanDisk Creator SD UHS-II Card yang ditawarkan dalam pelbagai kapasiti sehingga 1TB. Ia akan dijual pada harga bermula RM339 untuk kapasiti 128GB.
Buat para pengguna yang menggunakan beberapa peranti serentak, SanDisk Creator Phone Drive mempunyai penghubung Lightning dan USB-C untuk dipautkan dengan telefon pintar dan ditawarkan dalam pelbagai kapasiti sehingga 256GB. Ia akan dijual pada harga bermula RM449 untuk kapasiti 128GB.
Terdapat juga storan dalam reka bentuk kecil iaitu SanDisk Creator USB-C Flash Drive. Ia merupakan sebuah pemacu kecil (thumb drive) yang boleh dihubungkan terus kepada telefon dan dijual pada harga bermula RM149 untuk kapasiti 256GB.
Di samping itu, SanDisk Creator Pro Portable SSD menawarkan prestasi NVMe yang pantas dengan kapasiti sehingga 4TB. Ia akan dijual pada harga bermula RM949 untuk kapasiti 1TB.
Dan untuk mereka yang inginkan prestasi terpantas dengan kapasiti besar, SanDisk Creator Desk Drive adalah sebuah storan SSD desktop yang menawarkan kelajuan sehingga empat kali ganda berbanding cakera keras untuk pemindahan fail yang laju. Ia akan dijual pada harga bermula RM2,879 untuk kapasiti 4TB.
Semua produk ini boleh dibeli dari SanDisk Official Stores dalam Lazada, Shopee dan pengedar terpilih. Beritahu kami di Facebook jika anda berminat dengannya dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

