Premier Sarawak Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengatakan kerajaan negerinya merancang untuk bangunkan Model Bahasa untuk Aplikasi Dialog (LaMDA) supaya mereka boleh menggabungkan pelbagai data tempatan untuk dikongsi secara global.
Model AI itu akan dinamakan sebagai DeepSar selepas mendapat ilham daripada model AI dari China bernama DeepSeek yang mendapat perhatian dunia baru-baru ini. Beliau berharap DeepSar akan dibangunkan oleh rakyat Sarawak dan memudahkan perbualan digital antara Sarawak dengan dunia.
Ia juga akan diguna untuk membantu mempromosikan biodiversiti Sarawak dan beliau menugaskan syarikat sistem ICT milik kerajaan, SAINS Bhd Bhd, untuk mengumpulkan data berkaitan dan mewujudkan peluang ekonomi baharu untuk Sarawak.
Maklumat biodiversiti ini bukan percuma. Kerajaan Sarawak akan mendapatkan paten dan hak terhadap sumber biodiversiti, kemudian maklumat itu boleh diakses oleh sesiapa sahaja di seluruh dunia.
Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.
Sumber: BERNAMA

