Site icon TechNave BM

Sarung iPhone 14 didedah, mungkin miliki pilihan yang serupa dengan warna iPhone 14

Imej baharu yang dikongsi di Twitter oleh Majin Bu mempamerkan sarung yang akan hadir untuk barisan iPhone 14 yang dijangka akan dilancarkan pada Khamis, 1 pagi ini.

Terdapat jangkaan ia mempunyai pilihan sarung kulit dan silikon untuk semua model ‌iPhone 14‌ tetapi gambaran yang dikeluarkan berkemungkinan palsu yang hanya menyerupai warna iPhone 14 sebenar. Apple sering mengemas kini pilihan sarungnya bersama keluaran iPhone, jadi beberapa warna baharu dijangka akan dilihat dalam minggu ini.

Menurut sumber, sarung kulit untuk siri ‌iPhone 14‌ berwarna oren terang, coklat, perang keemasan, biru tengah malam, hitam dan hijau. Jika warnanya tepat, ini bermakna beberapa warna sarung kulit daripada Apple akan dihentikan termasuk Wisteria, Sequoia Green dan Dark Cherry. Nama-nama warna tersebut juga masih dalam kepastian sama ada ia sama seperti dalam imej atau di tukar. 

Untuk sarung silikon pula menunjukkan lapan warna termasuk hitam, succulent, merah jambu, merah, ungu, jingga, stromblue dan elderberry. Nama-nama itu didakwa sebagai nama rasmi Apple tetapi masih belum disahkan oleh pihak Apple sendiri.

Apple dijangka mengumumkan empat model ‌iPhone 14‌ baharu pada hari Khamis ini iaitu ‌iPhone 14‌, ‌iPhone 14‌ Plus, iPhone 14 Pro dan ‌iPhone 14 Pro‌ Max. Model ‌iPhone 14 Pro‌ dan ‌iPhone 14 Pro‌ Max akan menampilkan perubahan yang ketara seperti reka bentuk takuk (notch) berbentuk pil baharu. 

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Macrumors

Exit mobile version