Site icon TechNave BM

Sarung jari “gaming” dan “controller” realme rasmi di Malaysia, harga bermula RM9.90

Selain realme Narzo 30A, realme Malaysia turut melancarkan sarung jari mudah alih dan controller yang anda boleh gunakan pada mana-mana telefon pintar termasuklah telefon pintar realme Narzo 30A.

realme Mobile Game Finger Sleeves hadir dengan litupan fiber superkonduktor elektrik, rekaan senipis 0.25mm dan sifat elastik empat dimensi. Sarung jari ini boleh digunakan ketika anda bermain game di telefon pintar untuk melindungi jari anda. Ia dijual di pasaran Malaysia pada harga pengenalan RM9.90 (harga asal RM29) bermula pada 4 April 2021 (12AM) di Shopee.

Lihat video pelancaran di Facebook rasmi realme Malaysia

Sementara itu, realme Mobile Game Controller hadir dengan teknologi CapAir Mapping dan Recordable Burst Mode dan butang Micro Switch Trigger untuk pengoptimuman semasa gaming di telefon pintar. Ia bakal hadir pada tarikh yang akan dimaklumkan kelak dengan harga RM99 untuk sebelah controller.

Adakah anda berminat dengan mana-mana aksesori gaming telefon pintar dari realme ini? Kongsikan bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version