Site icon TechNave BM

Sarung telefon OnePlus 10 Pro didedah, mungkin hadir dengan tiga kamera

Menurut khabar angin, OnePlus sedang membangunkan generasi andalan akan datang dan dilancarkan untuk keluaran di China pada Januari depan. Berdasarkan OnLeaks, ia mungkin versi OnePlus 10 dan OnePlus 10 Pro yang telah didedahkan reka bentuknya.

Sumber turut mengatakan bahawa OnePlus 10 Pro akan menerima unit kamera utama yang luar biasa. Ice Universe turut menyokong kenyataan itu dengan membocorkan gambar sarung silikon telefon pintar ini dengan bonggol lima lubang dan salah satu daripadanya adalah flash LED.

OnePlus 10 Pro dijangka dikuasakan oleh cipset Snapdragon 8 Gen 1, paparan QuadHD + AMOLED 6.7 inci, RAM 8/12 GB dan pemacu kilat 128/256 GB. Kapasiti bateri 5,000mAh menawarkan pengecasan pantas 125W. Telefon ini mempunyai mempunyai rating kalis air IP68, NFC dan sensor Sony IMX899 pada kamera utamanya.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizchina

Exit mobile version