Site icon TechNave BM

Samsung Galaxy A35 5G dikesan pada pensijilan SIRIM, pelancaran tidak lama lagi

Samsung sedang bersiap sedia untuk menyegarkan barisan siri Galaxy A dengan Galaxy A35 5G yang akan dilancarkan selepas menjalani proses pensijilan di beberapa negara termasuk Malaysia di mana ia telahpun menerima kelulusan daripada SIRIM baru-baru ini.

Penyenaraian pensijilan mendedahkan nombor model sebagai SM-A356E, membayangkan keluaran yang akan berlaku tidak lama lagi walaupun tiada spesifikasi khusus didedahkan. Ia dijangka menampilkan cipset Exynos 1380, beroperasi pada UI 6.0 Samsung berdasarkan Android 14, mungkin membawa paparan Super AMOLED 6.5 inci dengan resolusi FHD+ dan kadar penyegaran semula 120Hz.

Ditawarkan dalam warna biru ais, ungu dan biru laut, peranti ini dijangka mempunyai kamera belakang utama 50MP disertai sensor 8MP dan 5MP serta kamera swafoto 13MP. Selain itu, khabar angin mencadangkan bateri 5,000mAh dengan sokongan pengecasan 25W.

Kami menjangka ia mungkin dilancarkan pada awal bulan Mac 2024. Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version