Site icon TechNave BM

Satelit MEASAT-3d bakal dilancar 23 Jun ini, sediakan rangkaian jalur lebar untuk pedalaman

MEASAT Global Berhad akan melancarkan satelit MEASAT-3d pada 23 Jun ini. High Throughput Satellite (HTS) MEASAT-3d akan membawakan internet jalur lebar berkelajuan tinggi melalui perkhidmatan CONNECTme NOW MEASAT kepada lebih dua juta rakyat Malaysia.

Satelit ini membantu masyarakat kebanyakan yang berada di kawasan kampung di mana liputan internet mudah alih adalah terhad. Sebaik sahaja satelit MEASAT-3d dilancarkan, ia akan meningkatkan keupayaan perkhidmatan MEASAT. Kelajuan sambungan CONNECTme NOW akan meningkat daripada 30Mbps kepada 100Mbps.

Pembekal telko boleh memanfaatkan satelit baharu ini. MEASAT berbangga untuk menyokong inisiatif kerajaan Malaysia termasuk rancangan Jalinan Digital Negara (JENDELA) untuk menutup jurang ketersambungan digital dengan memperluaskan liputan internet berkelajuan tinggi di kawasan luar bandar yang kurang sambungan.

Satelit MEASAT-3d bernilai RM1.2 bilion dan jangka hayatnya dianggarkan selama 18 tahun. Beritahu kami di Facebook dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Nextrift

Exit mobile version