Site icon TechNave BM

Satelit uji 6G pertama dilancar ke angkasa, petanda era 6G semakin hampir

Terkini, roket pembawa bernama Long March 6 telah dilancar ke angkasa pada 6 November 2020 pada jam 11:19. Roket pembawa ini bertujuan untuk menghantar sebanyak 13 satelit ke orbit yang ditentukan. Salah satu satelit adalah satelit uji 6G pertama di dunia.

Satelit uji 6G pertama di dunia bernama University of Electronic Science and Technology Satellite atau lebih dikenali sebagai Tianyan 05 Satellite ini adalah hasil kerjasama dari Chengdu Guoxing Aerospace Science and Technology Co. Ltd., University of Electronic Science and Technology of China dan Beijing Weinaxingkong Technology Co. Ltd.

Satelit uji 6G seberat 70 kilogram ini membawa beban bayar komunikasi satelit Terahertz. Ia akan membuka pautan pemancar dan menjalankan ujian beban Terahertz pada platform satelit. Perkara ini turut menjadi platform global untuk komunikasi Terahertz dalam keadaan tertentu di angkasa.

Komunikasi Terahertz ialah salah satu ciri teknologi pada komunikasi mudah alih generasi keenam (6G) di dunia. Setakat ini, satelit uji 6G ini berjaya melengkapkan kesemua penyelidikan teknikal dalam komponen teras untuk sistem komunikasi Terahertz.

Apakah pandangan anda mengenai hal ini? Adakah satelit uji 6G ini menjadi penanda awal kemunculan era 6G di dunia, walhal Malaysia masih lagi cuba untuk membangunkan 5G dengan lebih baik. Beritahu pandangan anda di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: mydrivers

Exit mobile version