Site icon TechNave BM

Satu lagi rujukan perisian xrOS ditemui di dalam Apple Store Connect

Worldwide Developers Conference (WWDC) tahunan Apple akan berlangsung pada 5 Jun 2023. Khabar angin terkini menyatakan bahawa berkemungkinan besar set kepala Apple VR baharu akan diperkenalkan dalam acara tersebut. Ia dijangka membawa nama Reality Pro atau xrOS kerana pembangun melihat rujukan xrOS dalam App Store Connect

Menurut Steve Troughton-Smith, beliau telah melakukan helah App Store Connect dengan menyerahkan aplikasi untuk xrOS. Platform itu kemudiannya mengeluarkan mesej yang mengatakan “Platform Salah. Anda menyertakan xros arm64 dalam kumpulan iOS anda. Boleh laku iOS sahaja boleh disertakan”. 

Untuk makluman anda, Apple Store Connect adalah platform untuk pembangun mengurus dan mengedarkan aplikasi mereka melalui ekosistem Apple. Ini merupakan petunjuk kukuh bahawa terdapat alat dalaman yang dikemas kini untuk mengesan penduaan xrOS, menurut Troughton-Smith. 

Beliau juga berkata penduaan itu tidak boleh dimasukkan dengan nama OS rawak kerana ia adalah peraturan umum berdasarkan platform Apple dan App Store Connect. Sudah terdapat beberapa rujukan mengenai xrOS selama beberapa bulan ini. 

Apple telah pun memfailkan tanda perkataan dan tanda dagangan bagi peranti itu. Dalam pada itu, Hello Games, studio di sebalik No Man’s Sky memuat naik tweet mendedahkan emoji epal menunjukkan ia mungkin terlibat dengan ekosistem VR Apple.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber:  9to5mac

Exit mobile version