Site icon TechNave BM

Satu lagi telefon dari Redmi, Redmi 9 Power dengan kamera kuad 48MP hadir 17 Disember

Semalam, Redmi telah mengumumkan secara rasmi tentang Redmi 9 Power yang bakal dilancar pada 17 Disember 2020. Terdapat juga beberapa maklumat mengenai spesifikasinya. Walaupun ianya adalah Redmi Note 9 4G di pasaran China, namun spesifikasinya mungkin agak berbeza untuk pasaran global.

Maklumat mengenai beberapa spesifikasinya dipaparkan pada siaran di laman Xiaomi sendiri. Redmi 9 Power bakal hadir dengan kamera kuad 48MP (berbeza dengan Redmi Note 9 4G). Ia juga bakal hadir dengan paparan bertakuk titisan air, Hi-Res Audio, pembesar suara stereo dan empat pilihan warna. Redmi turut mengacah kehadiran bateri besar dan cipset berkuasa pada peranti ini.

Untuk rujukan, Redmi Note 9 4G di pasaran China dijana oleh Snapdragon 662, paparan LCD 6.53 inci FullHD+ dan bateri 6000mAh. Namun, kita perlu menunggu hari pelancarannya untuk melihat adakah spesifikasi untuk varian global ini berbeza dengan varian China.

Kongsikan pandangan anda bersama kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: GSMArena

Exit mobile version