Site icon TechNave BM

Satu peranti, bermacam masakan! Philips perkenal OneChef dengan 33 fungsi memasak

Philips memperkenalkan peranti dapur pintar baharu dikenali sebagai Philips OneChef yang direka untuk memudahkan proses memasak harian dalam satu peranti kompak. Peranti tersebut dilancarkan menerusi acara “Chef’s Tasting Table” yang menampilkan demonstrasi memasak secara langsung oleh chef terkenal.

Philips OneChef berfungsi sebagai peranti memasak pelbagai guna yang menggabungkan 33 fungsi memasak dalam satu sistem. Ia menyokong pelbagai teknik yang lazim digunakan di dapur seperti menggoreng tanpa minyak, menggoreng biasa, mengukus dan merebus.

Teknik tersebut membolehkan pengguna mengurangkan keperluan menggunakan pelbagai peralatan dapur yang secara tidak langsung memudahkan penyediaan hidangan harian atau menu perayaan. Peranti ini menggunakan teknologi Philips AmbiHeat yang memastikan pengagihan haba lebih sekata dan kawalan suhu pintar.

Sistem akan memantau keadaan masakan secara automatik dan melaraskan tahap haba mengikut hidangan yang disediakan bagi mengekalkan tekstur serta rasa makanan. Philips OneChef dijual dengan harga Rs 19,995 (~RM844). Sama-sama kita nantikan pengumuman daripada Philips Malaysia jika dapur pintar ini akan tiba untuk pasaran tempatan.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Philips

Exit mobile version