Site icon TechNave BM

Sebab mengapa Android tidak selancar iOS, penggunaan memori hampir 3 kali lebih banyak

Apabila bercakap tentang Android dan iOS, tanggapan pertama ramai orang ialah Android lebih tersekat berbanding iOS. Walaupun telefon andalan Android terkini dilengkapi dengan lebih banyak memori, namun aplikasi pada Android masih menggunakan memori 3 kali lebih banyak berbanding iOS.

Blogger teknologi Youtube Gary Explain telah melakukan ujian sedemikian beberapa hari lalu. Dia membandingkan penggunaan memori aplikasi dan aplikasi game yang berbeza pada platform iOS dan Android. Memori aplikasi yang digunakan pada platform Android adalah jauh lebih tinggi berbanding platform iOS.

Twitter menggunakan memori 100MB pada iOS tetapi 366MB pada Android. Aplikasi eBay hanya menggunakan 69MB memori pada iOS tetapi 300MB pada Android. Jurang memori yang digunakan oleh kedua-dua aplikasi adalah kira-kira 217MB dan 235MB. Namun, dalam kebanyakan aplikasi yang lain, jurang adalah 2-3 kali atau lebih tinggi.

Secara umumnya, prestasi aplikasi dan games adalah berbeza pada iOS dan Android. Oleh kerana game adalah kod asli, tidak terdapat banyak perbezaan antara platform iOS dan Android. Tetapi, penggunaan memori aplikasi sangat berbeza kerana kaedah penyusunan data yang berbeza bagi kedua-dua platform.

Penggunaan memori pada platform Android adalah beberapa kali ganda berbanding iOS dan permintaan untuk memori adalah lebih tinggi. Sekiranya kapasiti memori rendah, masalah tersangkut pada platform Android akan berlaku.

Kongsikan pendapat anda di Facebook kami dan nantikan berita seterusnya bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia. 

Sumber: CNBeta

Exit mobile version