Site icon TechNave BM

Sebanyak 200 juta unit siri Xiaomi Redmi Note telah terjual!

Semalam, Xiaomi telah kongsikan pencapaian terbaru mereka yang membanggakan. Sehingga kini, mereka telah menjual sebanyak 200 juta telefon siri Redmi Note di seluruh dunia. Siri ini telah menjadi siri yang terlaris dari Xiaomi sejak mereka memperkenalkan telefon Redmi Note pertama mereka pada Mac 2014.

Selari dengan pencapaian terbaru mereka, Xiaomi juga mengumumkan bahawa mereka akan melancarkan siri Redmi Note 10 5G di China pada 26 Mei ini. Berdasarkan poster pelancaran, peranti dari siri ini dilihat berlainan daripada peranti siri Note 10 yang sedia ada.

CEO Xiaomi turut memberitahu siri Redmi Note 9 mereka telah terjual sebanyak 45.2 juta unit di serata dunia. Ia merangkumi lebih 20% dari jumlah jualan siri Redmi Note sejak tahun 2014.

Kami menjangkakan siri Redmi Note 10 yang baru ini akan membawa Xiaomi ke tahap yang lebih tinggi memandangkan spesifikasinya yang lebih menarik berbanding siri lalu.

Jika anda terlepas, Xiaomi Malaysia baru sahaja melancarkan Redmi Note 10S dan Redmi Note 10 5G semalam.

Adakah anda meminati peranti dari Xiaomi? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : GSMArena

Exit mobile version