Site icon TechNave BM

Sebuah lagi peranti Samsung Siri F bakal dilancarkan, mungkin Galaxy F12, F12s

Pada awal bulan ini, Samsung telah melancarkan peranti Galaxy F41 dalam pasaran India. Ia adalah telefon Samsung pertama dalam siri F. Namun, Galaxy F41 ini hanyalah penjenamaan semula Galaxy M31 yang telah dilancarkan sebelum ini.

Sumber terbaru memberitahu bahawa sebuah lagi peranti dalam siri F yang hadir dengan nombor model SM-F127G bakal dilancarkan tidak lama lagi di India. Berdasarkan corak penamaan peranti Samsung, peranti ini berkemungkinan besar akan dilancarkan sebagai Galaxy F12 atau F12s.

Berdasarkan namanya juga, peranti ini dijangka adalah sebuah peranti dalam kelas permulaan. Adakah ianya penjenamaan semula siri M juga seperti Galaxy F41 sebelum ini?

Nantikan berita lanjut mengenai peranti ini di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi utama.

Sumber : GSMArena

Exit mobile version