Site icon TechNave BM

Sebuah lagi servis penghantaran dilancar di Malaysia, Transporter kini boleh dimuat turun

Semalam, syarikat CabCar Sdn. Bhd. dilapor telah melancarkan sebuah perkhidmatan e-panggilan dan penghantaran makanan dengan harga berpatutan yang bernama Transporter untuk rakyat Malaysia.

Menurut sumber, Transporter sudah memiliki 100 penunggang dan 300 pemandu dalam masa lebih kurang dua minggu. Syarikat tersebut ingin mencapai target untuk mendapatkan 4,500 hingga 5,000 penghantar makanan dan 10,000 pemandu dalam garis masa enam bulan pertama.

Transporter sudah mula menjalankan perkhidmatannya di Lembah Klang dan merancang untk meluaskan perkhidmatan di Sabah dan Sarawak. Kira-kira 150 vendor tersenarai dalam Transporter dan mungkin bakal mencecah 500 menjelang hujung Februari.

Perkhidmatan e-panggilan dan penghantaran ini bukan sahaja untuk menawarkan servis yang berpatutan, tetapi juga membuka peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia. Transporter menganggar untuk membuka 15,000 peluang pekerjaan dalam masa enam bulan ini.

Untuk menggunakan servis e-panggilan atau perkhidmatan penghantaran Transporter, anda boleh memuat turunnya di pautan di bawah.

Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: The Edge Markets

Exit mobile version