Site icon TechNave BM

Sebuah lori Lazada Express terbakar di Cheras, mungkin membawa barang yang dibeli daripada 11.11

[Kemas kini, 5:40pm] Lazada mengesahkan bahawa lori tersebut telah diupah untuk menghantar barangan yang ditempah melalui laman web mereka. Buat pelanggan yang terkesan akibat kebakaran ini, Lazada akan membayar semula nilai barang yang terbakar bersama rebat dan baucar hantaran percuma.

[Berita asal] Kami pasti ramai di luar sana yang banyak berbelanja pada 11 November lalu sempena kempen jualan digital 11.11 dalam pelbagai laman web. Walaupun, sebuah kejadian malang melibatkan sebuah lori hantaran Lazada Express mungkin akan membuatkan beberapa pelanggan tidak menerima produk yang dibeli sewaktu kempen tersebut.

Sebuah lori Lazada Express telah terbakar di Cheras pada petang semalam dan ia mungkin membawa barang yang dibeli daripada jualan 11.11, di samping barang-barang lain. Seorang pengguna Facebook bernama Kitty Goh telah memuat naik gambar lori yang terbakar itu dan beliau mengatakan kejadian berlaku dekat dengan bangunan Parti Gerakan Rakyat Malaysia (PGRM).

Pemandu lori tersebut dilihat memakai uniform Lazada, jadi ia mungkin adalah lori kepunyaan syarikat laman web tersebut. Tiada kecederaan dilaporkan, namun barang yang terdapat dalam lori mungkin telah dimusnahkan akibat kebakaran tersebut.

Kongsi pendapat anda tentang insiden ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Facebook

Exit mobile version