Site icon TechNave BM

Sebuah pengedar Apple henti jual AirTag kerana risiko terhadap kanak-kanak

Sebuah syarikat pengedar produk Apple di Australia, Officeworks, telah menghentikan jualan untuk peranti penjejak Apple AirTag berikutan risiko yang boleh ditimbulkan oleh peranti itu terhadap kanak-kanak.

Mereka berbuat demikian selepas mendapati bateri kecil dalam peranti itu boleh ditanggalkan dengan mudah oleh kanak-kanak dan mereka mungkin akan menelan bateri tersebut. Officeworks mengatakan AirTag tidak akan dijual dalam premis mereka selagi Suruhanjaya Pengguna dan Persaingan Australia (ACCC) tidak memberikan panduan lanjut.

Pihak ACCC turut mengakui bahawa AirTag mungkin mempunyai risiko terhadap kanak-kanak, terutamanya daripada segi bateri. Walau bagaimanapun, mereka tidak mengeluarkan sebarang arahan untuk memberhentikan penjualan AirTag dan sekadar menasihati pihak penjual agar menjadi peka terhadap isu keselamatan dalam semua produk yang dijual.

Apple Australia mengesahkan bahawa AirTag direka untuk mematuhi standard perlindungan kanak-kanak dan akan bekerjasama dengan pihak berkuasa untuk meningkatkan keselamatan produk mereka.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmodo

Exit mobile version