Site icon TechNave BM

Sebuah peranti pertengahan Xiaomi dengan Snapdragon 775G, OLED, kamera 64MP bakal hadir

Suku pertama setiap tahun menyaksikan pengeluaran telefon pintar dari pelbagai jenama dan pelbagai kelas. Terkini, pendedah maklumat terkenal menyatakan bahawa Xiaomi sedang bersedia untuk melancarkan sebuah peranti kelas pertengahan dengan skrin OLED.

Menurut pendedah maklumat tersebut, peranti Xiaomi atau Redmi yang akan dilancar ini dilengkapi cipset sm735, skrin OLED dengan rekaan skrin berlubang dan kamera 108MP. Maklumat ini ditemui dari sumber kod dalam MIUI Xiaomi Mi 11. Apa pun, masih tidak diketahui jika peranti ini adalah salah satu varian Xiaomi Mi 11 atau di bawah jenama Redmi.

Menerusi maklumat yang menemukan janaan cipset sm735 dalam peranti, cipset ini dijangka bakal dilancar sebagai Snapdragon 775G. Perlu diingatkan bahawa kita perlu menunggu berita yang lebih jelas untuk spesifikasi lebih lanjut mengenai peranti ini.

Anda boleh membaca berita keoas mengenai Xiaomi dan Redmi di pautan yang disediakan. Kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version