Site icon TechNave BM

Sebuah peranti Redmi baru bakal dilancar di Malaysia, didakwa Redmi 9 Power

Sebelum pelancaran siri Redmi Note 9 baharu di pasaran China, kami telah memaklumkan mengenai Redmi Note 9 4G yang mungkin hadir di beberapa negara dengan negara berlainan. Terkini, Xiaomi Malaysia telah mengacah kehadiran peranti Redmi baharu yang didakwa sebagai Redmi Note 9 4G, tetapi mungkin akan menggunakan nama lain di pasaran Malaysia.

Sementara di India, Redmi Note 9 4G dilancar sebagai Redmi 9 Power, tetapi dengan beberapa spesifikasi berbeza. Tidak mustahil juga jika peranti yang diacah oleh Xiaomi Malaysia adalah Redmi 9 Power. Sepintas lalu, Redmi 9 Power dilengkapi cipset Qualcomm Snapdragon 662, tetapan kamera utama kuad 48MP, bateri besar berkapasiti 6000mAh dan bermula dengan  ₹10,999 (~RM604) di pasaran India.

Jika melihat kepada poster acahan, ia memiliki warna dan rekaan modul kamera sama dengan Redmi 9 Power atau Redmi Note 9 4G. Namun, kita perlu menunggu maklumat rasmi dari Xiaomi Malaysia tentang nama rasmi dan spesifikasi peranti ini di pasaran Malaysia.

Berita ini bukan berita mengejutkan memandangkan peranti ini telah melepasi SIRIM dan beberapa agensi.

Nantikan tarikh pelancaran dan maklumat rasmi mengenainya melalui Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Xiaomi Malaysia

Exit mobile version