Site icon TechNave BM

Sebuah syarikat Malaysia didenda kerana menjual TV Android Box cetak rompak

Seorang pengarah syarikat tempatan telah mengaku bersalah kerana menjual set kotak televisyen Android Box cetak rompak yang bernama “Long TV”. Beliau telah mengaku bersalah dalam satu sesi mahkamah pada 8 Februari dan akan didenda pada 1 Mac.

Pesalah telah dikenakan denda RM40,000 serta tempoh penjara selama 10 tahun. Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) enggan menamakan pengarah syarikat tersebut namun masih memberi amaran kepada semua pihak yang menjual Android Box serupa serta kandungan yang dicetak rompak.

Sebelum ini, Long TV menawarkan akses kepada puluhan saluran televisyen di seluruh dunia namun tanpa sebarang lesen rasmi daripada pemunya saluran-saluran tersebut. Pada Februari 2020, KPDHNHEP dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) telah mengenakan sekatan terhadap perkhidmatan Android Box cetak rompak.

Kongsi pendapat anda tentang berita ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Diterjemahkan daripada TechNave

Exit mobile version