Site icon TechNave BM

Sebuah telefon Google telah melepasi pensijilan BIS, mungkin Google Pixel 5a

Beberapa hari yang lalu, Google telah menyatakan bahawa mereka akan memperbanyakkan lagi pilihan peranti mereka di India dengan melancarkan beberapa peranti termasukkan telefon generasi baru untuk Google Pixel 4a. Kini, sebuah telefon Google telah dikesan di pensijilan BIS India.

Telefon Google ini hadir dengan nombor model GR0M2. Pensijilan BIS tidak menunjukkan sebarang spesifikasi mengenai peranti ini. Namun, sumber menjangkakan ia mungkin adalah Google Pixel 5a.

Berdasarkan sumber sebelum ini, Google Pixel 5a dijangka hadir dengan 6.2 inci Full HD+ OLED dengan potongan lubang pada atas kiri skrin. Selain dari itu, ia akan dilengkapi dua kamera dan sensor cap jari pada bahagian belakang.

Imej janaan komputer Google Pixel 5a

Ia juga dikatakan akan hadir dengan binaan plastik serta bicu audio 3.5mm. Google Pixel 5a mungkin akan dilancarkan di Amerika Syarikat pada 11 Jun ini.

Lihat artikel lepas mengenai peranti Google Pixel 5a.

Adakah anda menantikan peranti terbaru dari Google ini? Berikan komen di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : 1 | 2

Exit mobile version