Site icon TechNave BM

Sebuah telefon HONOR Play akan masuki pasaran dalam masa terdekat!

HONOR dijangka akan mula aktif semula dalam pasaran telefon pintar setelah ia berpisah daripada syarikat induk mereka, HUAWEI beberapa bulan lalu. Antara siri telefon pintar yang popular dari HONOR adalah siri Play. Terbaru, generasi baru dari siri ini dijangka akan masuki pasaran pada bulan hadapan.

Mengikut sumber, pengurus produk untuk siri HONOR Play menyatakan bahawa generasi baru untuk siri HONOR Play akan diperkenalkan pada bulan hadapan. Beliau juga menyatakan peranti ini akan menyokong pengecasan pantas.

Pada tahun lalu, HONOR telah melancarkan HONOR Play4 dan HONOR Play4 Pro di pasaran China. Kedua-dua telefon tersebut adalah telefon 5G dan ianya tidak hadir dengan Google Mobile Services (GMS). HONOR Play4 dilengkapi cipset Dimensity 800 5G, manakala HONOR Play4 Pro dengan cipset Kirin 990 5G.

Siri HONOR Play4

Untuk tahun ini pula, HONOR mungkin akan melancarkan dua model dari siri Play. Yang lebih menarik adalah cipset yang bakal digunakan oleh peranti ini.

Adakah telefon baru HONOR Play akan menjadi telefon HONOR pertama dengan cipset Snapdragon pada tahun ini?

Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : Gizmochina

Exit mobile version