Site icon TechNave BM

Sebuah telefon misteri HONOR telah dikesan di pensijilan TENAA

Selepas HONOR berpisah dengan syarikat induk HUAWEI pada bulan November lepas, HONOR telah melancarkan dua telefon pintar iaitu HONOR V40 dan HONOR V40 edisi Luxury Light untuk pasaran China. Pada tahun ini, mereka bercadang untuk melancarkan lebih banyak telefon pintar jenamanya.

Terbaru, sebuah telefon jenama HONOR dengan nombor model KOZ-AL00 telah dikesan di pensijilan TENAA dan pensijilan 3C. Penyenaraian tersebut telah menunjukkan beberapa spesifikasi penting peranti misteri HONOR ini.

Pensijilan 3C

Peranti baru ini akan hadir dengan dimensi 163.93 x 75.73 x 8.95mm dengan skrin bersaiz 6.52 inci. Selain itu, ia dilihat akan hadir dengan perisian Android 10 dengan bateri 4,900mAh.

Penyenaraian TEENA dan 3C juga memberitahu bahawa peranti misteri HONOR ini adalah sebuah telefon 4G. Ia mungkin adalah telefon kelas permulaan kerana hanya menyokong pengecasan 10W sahaja. Peranti ini juga dilihat menggunakan skrin dengan takuk titisan air serta modul kamera berbentuk petak.

Pensijilan TEENA

Pada masa yang sama, HONOR juga dikhabarkan akan melancarkan telefon andalan mereka yang menggunakan cipset Snapdragon 888 pada bulan Julai ini. Ia mungkin hadir dengan nama HONOR Magic 3. Selain itu, terdapat juga khabar angin yang menyatakan HONOR sedang menghasilkan telefon lipat yang diberi nama HONOR X.

Adakah anda meminati peranti HONOR? Berikan komen anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version