Site icon TechNave BM

Sebuah telefon realme tanpa nama muncul dalam talian, adakah realme C21?

Buat masa ini, telefon andalan realme GT adalah telefon realme yang terhangat di pasaran telefon pintar. Namun, baru-baru ini, imej janaan komputer untuk sebuah telefon realme yang baru telah muncul di dalam talian.

Berdasarkan imej tersebut, peranti ini dilihat hadir dengan takuk di tengah skrin dengan sensor cap jari pada panel belakangnya. Ini mengesahkan bahawa peranti ini bukanlah peranti kelas andalan, mungkin kelas permulaan. Peranti ini dilengkapi bicu audio 3.5mm serta slot kad microSD.

Peranti ini juga dilihat hadir dengan tiga kamera pada bahagian belakang termasuk satu sensor (mungkin sensor kedalaman). Ianya bukanlah dari siri realme 8 atau realme X9 dan semestinya bukannya siri realme GT.

Ini bermakna telefon ini mungkin adalah peranti terbaru realme dari siri C. realme bakal melancarkan realme C21 di Malaysia pada 5 Mac ini.

Adakah ini imej janaan komputer untuk realme C21? Komen pendapat anda di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : GSMArena

Exit mobile version