Site icon TechNave BM

Sebuah telefon tahan lasak dengan bateri 10,050mAh akan dilancar, berharga ~RM810

Kapasiti bateri yang besar bukanlah perkara luar biasa untuk sebuah telefon tahan lasak, terutamanya dari jenama DOOGEE. DOOGEE kini dilapor bakal melancarkan DOOGEE S59 Pro pada 15 Disember di pasaran China dan bakal dijual dengan harga $199.99 (~RM810) untuk pasaran global.

Peranti tahan lasak ini bakal hadir dengan spesifikasi asas seperti MediaTek Helio P22, RAM 8GB + storan 128GB, skrin 5.71 inci HD+ dan kamera kuad AI 16MP (lensa Samsung) + 8MP lebar + 8MP makro + 1MP kedalaman. Ia juga bakal disokong piawaian kalis air IP68 dan kalis habuk IP69K. Lebih menarik, peranti ini dilengkapi bateri berkapasiti 10,050mAh dan sokongan NFC.

Apakah pandangan anda mengenai peranti tahan lasak ini? Beritahu kami di laman Facebook dan kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Gizmochina

Exit mobile version