Site icon TechNave BM

Sebuah video buka kotak Samsung Galaxy Buds2 muncul di YouTube sebelum pelancaran!

Samsung bakal mengadakan acara pelancaran Galaxy Unpacked pada 11 Ogos ini di mana mereka dijangka akan melancarkan fon telinga Galaxy Buds2. Terbaru, sebelum pelancarannya, video buka kotak dan pandangan pertama peranti ini telah pun muncul dalam talian.

Sebuah video buka kotak Galaxy Buds2 telah dimuat naik di YouTube oleh The Mobile Central, lengkap dengan ciri-ciri baru peranti itu bersama hubungan dengan aplikasi Galaxy Wearable.

Melihat kepada video tersebut, di dalam kotak Galaxy Buds2, anda akan peroleh bekas pengecas, fon telinga Buds2, wayar USB-A ke USB-C, tip telinga tambahan dan beberapa dokumen yang berkaitan.

Bekas pengecas Buds2 ini dilihat bersaiz kecil dan petak seperti Galaxy Buds Live dan Buds Pro. Manakala fon telinganya pula mempunyai rekaan yang hampir sama seperti Galaxy Buds Pro. Bekasnya berwarna putih di luar dan di dalamnya berwarna hijau cair olive.

Pilihan warna Galaxy BUds2

Untuk spesifikasi penuh Galaxy Buds2, anda boleh lihat artikel ini.

Untuk pengetahuan anda, di acara Galaxy Unpacked 11 Ogos ini, selain Galaxy Buds2, Samsung juga bakal melancarkan jam tangan pintar Galaxy Watch4, Watch4 Classic serta telefon pintar Galaxy Z Fold3 dan Galaxy Z Flip3.

Nantikan berita lanjut mengenai peranti baru Samsung di Facebook kami dan terus kekal bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber : GSMArena

Exit mobile version