Site icon TechNave BM

Sega lancarkan konsol kecil Game Gear Micro sempena ulang tahun ke-60

Sempena ulang tahun Sega ke-60, syarikat game Jepun itu melancarkan sebuah permainan elektronik kecil Sega Game Gear Micro yang dijual pada harga 4,980 yen (~RM195) sebuah. Alat tersebut ditawarkan dalam empat varian warna dan boleh didapati secara bundle pada harga 27,255 yen (~RM1,070).

Empat varian tersebut masing-masing dilengkapi dengan game yang berlainan seperti Sonic the Hedgehog, Gunstar Heroes, Shining Force, Columns dan banyak lagi. Jika anda merasakan skrin dalam Game Gear Micro itu terlalu kecil, anda juga boleh mendapatkan skrin Big Window Micro untuk paparan yang lebih besar.

Ia akan mula dijual di Jepun bermula 6 Oktober, namun tidak pasti jika alat mainan elektronik kecil ini akan dipasarkan kepada Malaysia. Tentunya ini adalah produk yang menarik buat para peminat Sega yang mempunyai nostalgia terhadap game-game klasik daripada syarikat tersebut.

Beritahu kami di Facebook jika anda berminat untuk memiliki produk Sega ini dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Exit mobile version