Site icon TechNave BM

Sega beli Rovio pada nilai RM3.4 bilion

Sega Corporation mengumumkan rancangannya untuk memperoleh Rovio Entertainment Oyj iaitu pembuat game Angry Birds dengan harga €706 juta (~RM3.4 bilion). Perjanjian itu dijangka selesai menjelang September 2023 ini.

Sega bakal mengambil alih pembangunan permainan mudah alih Rovio dan menggunakan kepakaran syarikat Finland itu dalam permainan mudah alih untuk membangunkan game dalam berbilang platform daripada portfolio IP Sega.

Laporan itu juga menyebut rancangan Sega untuk membantu mengembangkan platform Rovio di luar permainan mudah alih yang memberi petanda bahawa terdapat elemen baharu yang bakal dibawakan untuk Angry Birds bagi platform konsol, industri filem atau siri TV.

Game Rovio telah dimuat turun lebih 5 bilion kali dan platform Beacon untuk pembangunan permainan merupakan satu lagi bahagian penting dalam pemerolehan Sega. Kongsi pendapat anda tentang khabar ini di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini.

Sumber: Businesswire

Exit mobile version