Site icon TechNave BM

Segala perkhidmatan Maybank dihentikan 30 minit sebelum 12.12 untuk penyelenggaraan

Menjelang hujung tahun, pasti kebanyakan rakyat Malaysia sedang bersedia sedia untuk membeli dalam pelbagai jualan. Jika anda menggunakan perkhidmatan Maybank, penggunaan bank akan dihentikan setengah jam sebelum masuk tarikh 12 Disember supaya pengguna boleh membeli-belah dengan aman mulai tengah malam dan seterusnya.

Aplikasi Maybank2u, MAE, QRPayBiz dan Maybank Wealth tidak dapat digunakan mulai jam 11.30 malam pada 11 Disember 2022 hingga tengah malam. Sebarang transaksi kad debit juga tidak boleh digunakan dalam tempoh ini termasuk mesin ATM, mesin deposit tunai dan mesin deposit cek.

Oleh itu, anda dinasihatkan untuk membuat sebarang transaksi penting sebelum 11.30 malam, 11 Disember atau dengan cara lain seperti menambah nilai akaun eWallet anda. Ini bukanlah kali pertama Maybank berbuat demikian terutamanya apabila sebarang jualan besar-besaran.

Kongsi pendapat anda di Facebook kami dan teruskan bersama Rakan Teknologi Utama Malaysia untuk berita teknologi terkini. 

Exit mobile version